Rabu, 21 Disember 2011

cinta tak mengenal bentuk hidung

ASSLAMUALAIKUM


Kalau nk cari awek/bf keadaan fizikal ni tak lah penting mana. Tapi ada je org yg memilih dgn tgk keadaan fizikal ni. Dari sebesar2 perut ( utk yg perut besar mcm sy ni) sampai la sekecik2 kuku diperhatikan. Dan ada jugak yg fokus pada hidung! Bunyi agak pelik tp mmg ada org mcm ni tau.

Erm ada ke org nk cari pasagan tgk hidung ?? Ada2. Alasannya if dpt anak nanti tak de lah anak2 yg hidung kemek, jambu air bebagai. Susah la mcm ni. Nak cari yg hidung terletak cam org arab kita tu hidung terletak sgt ke?? Haa ce tgk cermin dulu sebelum memlilih pasangan ;p

Pokoknya besyukurlah dgn apa yg ada. Mcm mana pun bentuk hidung kita, pasangan kita, anak2 kita terimalah seadanya. Ada hidung pun dah cukup bagus tau. Bersyukur sgt2 dah.


pehh. Ini hidung ka penyangkut baju?? cantik2. hee ;p

p/s : cinta tidak mengenal bentuk hidung. Mancung ka kemek ka jambu air ka kalau dah suka apa pun boleyy ;p

Selasa, 20 Disember 2011

comel a.k.a gemuk

ASSLAMUALAIKUM


Sejak habis belajar hari tu sampai la hari ni keja sy makan, makan dan makan. Celik mata makan nak pejam mata pun makan lagi. Selagi tak tutup mata makan aje. Sy tgk kat cermin sy perasan yg makin lama sy ni makin 'comel'. Bukan lah comel yg cun melecun tu ni comel yg besar gedabak, lemak sana sini.

Kalau bab makan sy mmg no 1. Yg tgh tidur boleh bangun, yg tgh ber FB leh logout kejap semata mata nk makan. Nak wat cmne tgh rasa nak makan ni sy makan je lah. Nanti dah tua byk pulak pantang larang nye. Time makan mmg tak hengat la lepas kenyang tu baru rasa menyesal baru dok sebok2 gi timbang berat badan la bebagai. 

Tak apa lah gemuk ke ape ke. Sapa yg betul suka,sayang sy terima sy apa adanya. Sekian :)




p/s : nak tahu rahsia kecantikan sy ? makan banyak-banyak ;p

Sabtu, 17 Disember 2011

cari kerja !

ASSLAMMUALAIKUM


Result dah keluar dan alhamdulillah semuanya ok. Duduk rumah je la skrg ni makan, tido, makan, tido membesarkan perut. Makin hari makin bertambah koleksi lemak yg sy ada, pipi pun makin tembam dan sy rasa dah tiba masa utk sy keluar rumah dan mencari kerja. Rumah pun dah bosan tgk sy yg tak de aktiviti lain. Hari2 benda yg sama je yg sy buat.

Sy mmg nk sambung belajar utk buat degree. Kalau ada rezeki sy akan sambung nnt. Sementara tunggu nk sambung study ni sy rasa elok lah sy kerja dulu. Sy tak kisah sgt kerja apa pun as long as sy tak buang masa kt rumah dah la. Jom2 cari kerja !



p/s : sy amik ukur bahan kalau kerja dlm bidang kecantikan boleh x ?? ;p

Jumaat, 9 Disember 2011

ombak rindu :)

ASSALAMUALAIKUM....

Cukup lama tak mengupdate blog ni. Mcm dah lain pulak rasanya bila nk update ni. Okay tak apa lah. Sekarang mcm nk bercakap mengenai satu filem yg tgh meletop2 pong pang pong pang kat luar sana nun tak lain tak bukan Ombak Rindu la. Dengar2 kutipan dah berjaya mengalahkan kl gangster. Kelaaass gitu.

ombak rindu lakonan maya karin, lisa surihani, bront palarae dan kekasih gelap sy aaron aziz ;p


Filem ini mula ditayangkan pada 1 dec 2011 itu hari. Pada hari tu jugaklah sy dan puan Roziah (umi sy) ke panggung utk menyaksikan filem ni. Tiket sy dah beli awal2 dah. Lewat2 nanti habis. Itu pun sy dapat seat 4 dari depan dah. Masuk je wayang sy dan umi sy duduk. Erm tak de lah penuh mana. 10 minit lepas tu tup2 sy pusing blakang  rupe2nye penuh panggung woo. Maklumlah cite baru kuar kan.

Filem ni kan diadaptasikan dari sebuah novel yg mmg top. Dulunya umi sy mmg kaki novel. Segala jenis novel ada. Alang2 dah ada sy bosan2 baca la jugak novel2 tu. Dan salah satu novel yg sy baca ialah novel ombak rindu ni lah. Mmg best la. Itu yg sy dan umi tak ketinggalan utk tgk cite ni. Umi la yg beria sgt ajak sy tgk sy on je la kan.

Filem ni mmg best. Mmg macam dlm novel la kn. Tapi feel tu lebih if bc novel lgi la. Filem ni mmg ada part sedih nye tapi tak sesedih lagenda budak setan la. Tak tau la kot sy je yg rase cmtu kan. Tapi best la cite ni. Hee.

D17,D18 mmg seat depan la kan. Itu je pun yg ada layan je la.  Kdg2 tgk wayang ngn mak best jugak ;p

p/s : kalau lah kehidupan ni seindah dalam novel kan best. Berangan kejap lepas tgk cite ni ;p


Khamis, 25 Ogos 2011

suka marah ?


ASSALAMUALAIKUM




Em lama sungguh tak update blog ni. Nasib baik tak lupa password nak login tdi. Ok kali ni nak bercerita psl org yg suka marah, Org suka marah ke suka masam kan muka ke (sama la tu) setelah para saintis mengkaji², rupa-rupanya orang yg suka marah ni lebih cepat utk kelihatan tua. Bila muka dah tua automatically org ingt dah tua. Tak ada nye org nk pegi tanye umur brapa kn. 


Fakta mengata kan bahawa bila kita marah sebanyak 64 otot akan digunakan berbanding kalau kita senyum juz 18 otot je yg kita guna. Emosi kita yg mempengaruhi tenaga yg akan kita guna. Kalau tgh happy tenaga yg digunakan sikit je. Lain pulak kalau kita tgh marah semestinya byk tenaga yg kita guna. Hipotesis nye Semakin banyak tenaga yg digunakan semakin cepat utk kita kelihatan tua.


muka marah. Byk guna tenaga nih
cukup 10 kali marah mau bertukar jadi muka cmni


ha kan comey kalau senyum. sejuk jek tgk :)


p/s : moral of the story, jgn suka marah2. Kalau rasa nk marah cuba senyum. Asal nk marah je senyum. Ok ape kn. So renung2 kan dan selamat beramal ! :)

Isnin, 13 Jun 2011

bukan memilih

ASSALAMUALAIKUM


kawan : Bf sihat ?
sy : Bf mende nye. Tak de tak de
kawan : Ye la tu
sy : Betul la.
kawan : Tak kan lah. 
sy : Iyee. 
kawan : Tak caya lah
sy : Ikut suke lah T.T

Toleh kanan bf ngn gf dia, toleh kiri ada couple lain lak, toleh belakang, depan pon sama. Sy ?? Tak ada sesape. Single je. Tak ada apa pun relax la kan. Tak mati pun tak ada couple. Tapi kengkadang bosan,sunyi gak la. Tapi tak apa family n kawan2 ada yg boleh buat sy hepi :)

Betul orang kata pengalaman mengajar.Apa yang dah jadi  biarlah terjadi mungkin dari situ membuatkan sy lebih berhati-hati untuk memilih 'kawan'. Biar la org kata sy loser ke, tak laku ke, jual mahal ke, demand tinggi ke hape ke tak apa lah. Janji sy tau apa yg sy nak. Bukanlah memilih cuma berhati-hati :)




p/s : saya tak lah memilih sgt kalau dapat yang mcm Enrique Iglesias ke Chris Hemsworth ke Farid Kamil ke sy bersyukur dah :p
*main2 jer :D

Rabu, 8 Jun 2011

tiruan VS asli

ASSALAMUALAIKUM


tiruan VS asli ? mcm vcd, dvd cetak rompak lak kan. Tp ni bukan sy nk cerita psl vcd ke dvd ke tp nk cerita psl  fake account kat FB. Diorg menggunakan gambar orang lain utk diletak kan didalam akaun diorg. Diorg ni ambil gambar2 kat friendster, myspace, tagged time laman sosial ni femes suatu ketika dulu nun. Bila org da tak bape nk jenguk kat situ diorg ( mereka2 yg suka mencilok gambar org ni ) ambil kesempatan utk mencuri. Ambil sesuatu tanpa izin dipanggil mencuri la kan ? Mencuri tu berdosa. Aiyok tak tau !

Antara gambar yang dicuri :


ini antaranya lah. ada banyak lagi :(


Apa motif diorg mencuri dan letak gambar orang lain kat Fb diorg ni sy tak tahu lah. Kalau sebab malu dgn muka sendiri sy rasa tak patut betul lah. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. N kalau sebab nak ramai kawan pulak, kalau org betul ikhlas nak kawan dgn kita dia akan terima kita seadanya. Tak perlu kot nak menyamar. Kot ye pun nak menyamar amik lah gambar yg betul2 hot n spicy yg mana hidung penyek, gemuk,  pendek cam sy ni tak payah lah nak amik.

Sy bercerita berdasarkan pengalaman lah. Kalau curi dan letak kat tempat baik2 tak ape ni da la mencuri buat pulak benda tak elok. Buat malu aje. Haishh. Maleh ku brandei brandei ku kang marah kleyen. Ha kang dah terkeluar bahasa rawa ( org rawa je la yang paham :p )

Yang mana yg sy nampak fake account ( stakat ni ada 3,4 yang palsu ) sy da tegur diorg tapi ye la buat selamba badak jek ! Ade gak yg sy tegur tu yg ok dan minta maaf tapi tak ada respon apa pn. Sama je. Baek tak yah minta maaf T . T


bila kembar chat dgn kembar. sy tegur ngn baik dan dibalas dgn baik tp relax je still guna gambar sy T.T


Sejak2 sy berjinak ngan Fb ni stakat ni sy baru ada 2 akaun. Yang mana selebihnya tu itu semua penipu jek. Ce tgk ni senang2 je kene tipu

da terang tang2 nama cik pqa kat gambar tu tapi selamba badak je Ekien Tomei ni membalas org komen gambar ni.


Bukan pe yg bagitau ni kang ada yg ternampak gambar sy kat tempat yg tak elok pikir sy ni apa pulak kan. Ok lah itu je. Chow.

P/s : ada pulak kes kembar tiruan add yang asli. Tak cam agak nya. Adoi manusia2. Macam2 lah



Ahad, 5 Jun 2011

Perkahwinan



ASSALAMUALAIKUM


4 Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H sy dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy. Namanya Iqa. Iqa tau bukan nya sy, Pqa. Jangan tertukar pulak ye. Ramai saudara mara tertukar antara kami berdua disebabkan nama kami yang hampir sama. Sy lambat lagi kot. Kot la ;p 

Ok majlis perkahwinan ni diadakan ni sebuah dewan di Restoran Nelayan di Tasik Titiwangsa, KL. Boleh dikatakan hampir semua saudara mara datang ke majlis tersebut. Memang meriah sangat. Pelamin cantik, pengantin sepadan dan makanan pun best. Kalau semua dah molek2 belaka dan bila dah berkumpul ramai2 ni  rugi la kan kalau tak bergambar. So semalam memang kteorg semua seronok bergambar la. Tak caya ce tengok ni :) 


ni la  pelamin nya. cantik kan
ha ini la pasangan pengantin nya. memang sama cantik sama padan. moga kekal ke akhir hayat. amin :)
adik, umi & saya :)
my family. tapi tak cukup sorang. adik paling kecik tak de



dengan bakal kakak ipar. insyaAllah ;p

senyum lebar dapat makan. 

syok nye sy makan tak toleh kiri kanan dah. ish2

kalau dah berkumpul ramai2 ni tak sah la kalau tak tangkap gambar ramai2 kan. Ni lah antara saudara mara sy yang ada semalam





gadis2. eh ada lak mak gadis terselit disitu :p

Lastly, ni gambar solo sy semalam. nak jugekk ;p



p/s : cuti2 ni ramai pulak yang kahwin. tengok orang kahwin ni tetiba plak rasa nak kahwin. (gatai kan ko ni pqa ! ) :p

Selasa, 31 Mei 2011

erm kahwin 4 ??

ASSALAMUALAIKUM


Topik ni menjadi bualan, sembangan, buah mulut orang ramai pada waktu sekarang ni ( terutamanya bagi kaum lelaki ) Maklumlah ada artis kita yg telah berkahwin 4. Tau2 je la ye ;p  Kalau bercerita pasal kahwin 4 ni kan kaum lelaki yang tengah makan boleh berhenti kejap, yang tengah tidur boleh bangun, yang tengah main game boleh pause sekejap. Ewah2 bukan kemain lagi kan korang ni. ;p

Zaman sekarang ni memang kaum hawa lagi ramai dari kaum adam. Pada tahun 2008, nisbah lelaki : perempuan di Malaysia lebih kurang 1:12. Seorang lelaki bersamaan 12 perempuan. Woo ! berbeza betul kan. Tu pada tahun 2008 tahun ni, 2011 mungkin lebih banyak kot.

Tapi, tapi, tapi itu bukan alasannya untuk kaum adam nak berkahwin lebih dari sorang. No, no, no cannot like that ya ;p tapi bagi kaum adam yang nak jugak berkahwin byk dan agak2 berkemampuan, boleh berlaku adil dan niat untuk menolong apa salahnya kan :)

p/s : bagi kaum adam, apa2 pun niat kena lah betul ye jangan main ikut sesedap rase je :p
dan topik ni saja2 je pun. tak payah la nk ambik port sgt ye kwn2



Ahad, 29 Mei 2011

oh Aiskrim !


ASSALAMUALAIKUM

Lama sungguh tak meng-update blog. Dah berdebu, berhabuk, bersawang dah tempat ni. Al-maklumlah agak sibuk skit. Tengahfree dan rajin ni baik la sy update sebelum kesibukan dan kemalasan melanda. Ok kali ni sy nak bercerita pasal kegemaran dan kegilaan sy yg tak terhingga kat satu benda ni. Bukan lah benda sebenarnya tetapi makanan. Selain cili padi yang boleh buat air liur saya tup2 meleleh, ada satu lagi makanan yg memang sy tak leh tahan kalau nampak. Makanan tersebut ialah aiskrim ! Obses yg teramat sgt sampai kan tak makan nasi pun tak apa janji dapat mkn aiskrim. Amboi ! bukan main lagi kan tapi itu la sebenar2nya :D

Banyak jenis aiskrim yg ada jual kat Malaysia ni. Antara kegemaran sy ialah:



Tutti Frutti - my MOST fav ! :)

Haagen Dazs

Baskin Robbins


Lecka - Lecka


Ben & Jerry's

Moo Cow


McFlurry


Cornetto



Tak lupa juga aiskrim zaman sekolah rendah dulu2 nun. Menjadi favourite sampai sekarang kot ! :D



Aiskrim pop

Aiskrim Malaysia

Satu kepuasan dan satu kenikmatan kalau dapat makan aiskrim. Lebih2 lagi time2 panas. Peh lazat sungguh ! Tak kira lah aiskrim apa, perisa apa, warna apa selagi namanya aiskrim sy NGAP! je semua :pIngat budak2 je ke suka aiskrim ? orang tua pun suka tau gak :p

having a great time together with frozen yogurt :)


yummy ! : D


p/s : Nak duduk dalam peti aiskrim tu boleh ? :p

Jumaat, 4 Februari 2011

orange cupcake !

ASSALAMUALAIKUM..

hello2 :) hari tu sy buat chocolate chip cupcake, semalam buat macaroni bakar dan hari ni saya buat orange cupcake pulak. Hee. Mungkin ini last masakan yg saya buat sebab besok dah nak  balik Kb (jadi student balik dah. adoi. huh !) okay besok, besok punye cerita la. sekarang sy nk cerita skit psl orange cupcake sy ni. Korang nak tau ke tak nak tau ke sy nak bagitau gak cara2 nak buat cake ni. hee. ok mula2 sediakan bahan2 seperti butter, tepung naik sendiri, telur, gula halus, dan yang paling penting mesti la ada oren nya. kalau tak, tak menjadi la kek oren nye jadi kek butter lak nnt.

230 g butter, 1 1/2 cawan gula halus, 6 biji telur ( 4 biji telur kuning sahaja, 2 biji putih sahaja ) 2 cawan tepung naik sendiri dan paling penting OREN ! 2 biji oren :)

parut kan kulit limau dan perah kan jus nya macam ni

parutkan kedua2 kulit limau yg akan digunakn. nak parut tu guna la pemarut. baru senang.
perah kedua limau tadu utk dptkan jus nya oke.
  
lepas da settle kan sume tu, putar kan butter dan gula halus sampai sebati mcm ni

gula halus dan butter diputar together2 oke. lepas tu masuk kan sekali kulit limau yg diparut

lepas tu masuk kan telur kuning sahaja. putih nya diasingkan.

kuning telur tadi dimasuk kan kedalam adunan butter dan gula halus. then putar lagi.

lepas tu masuk kan tepung naik sendiri di selang seli kan dgn air jus limau yg diperah tadi macam ni

2 cawan tepung naik sendiri
air limau yg diperah tadi dimasuk kan berselang seli dgn tepung naik sendiri sampai la habis

putih telur tadi di ambil dan diputar. Asing kan dgn adunan tadi . Kira nya kena putar dalam bekas lain la jgn putar sekali dgn yg tadi tu.


putar kan putih telur sehingga kembang. maksudnya sampai jadi putih2 cmni la k


lepas da settle tu, putih telur yg dah kembang tu masuk kan sikit2 dalam adunan pertama tadi. gaul slow2 je. tak payah putar pkai mixer just gaul camtu je. camni

gaul slow2 je. kalau buat camni kek leh jadi gebu tau
lepas da gaul sume tu da siap la kek nye so letak la dalam cawan kertas. jangan letak penuh2 sebab guna tepung naik sendiri kan takut nanti limpah lak kan.
jangan penuh2 yer nanti limpah


lepas tu bakar la kek tadi





lepas beberapa puluh minit, bile bau oren makin kuat tgk2 da masak da kek nye n TADA ! ini la rupenye


kek oren selepas dibakar
da siap tu hidangkan dan makan sampai buncit ! :)


p/s : nampak je macam ni ni tapi sedap woo. :p tak caya cuba la buat.
kalau ada yang tak jelas, kabur2 tu tanya je sy. nanti sy tolong jelas kan ye. selamat mencuba ! :)