Selasa, 7 Disember 2010

sengal-sengal ubi

ASSALAMUALAIKUM..


Sy ada seorang abg. Abg sy ni ade bisnes kecik2 la dan dia ada beberapa buah kedai disekitar kl/selangor. Sy da terlalu bosan duduk rumah so sy ke kedai abg jaga kedai dia. Kalau jaga sorang2 tak best la even ada workers lain pun bosan gak. So tak nak bosan sy ajak la adik sekali. Diorg tgh cuti sekolah sekarang ni so tak de masalah la nak teman sy. Sy ajak la dua adk sy utk teman. Kedai ni kat dalam salah satu condo kat jalan genting klang nun. Kalau da condo tu mesti la ada swimming pool, playground, kedai2. Kedai abg sy ni kt sebelah kedai runcit. So memang tak akan lapar la kalau jaga kedai abg ni. Asal lapar je pegi borong kt kedai sebelah. Mcm2 la dibeli nye. Sampai tauke kedai tu nampak kteorg dari jauh pun da senyum da cz tau kteorg akn borong mcm2 kt kedai dia.

Tapi lepas mkn2, nyanyi2, online kteorg sume da rase bosan sgt2. Adik ajak mandi kolam kt tingkat 3 but tgk2 ramai org. Melayu, cina, india senang cite mmg satu malaysia la dok mandi time tu. Tak lalu teman nk mandi. So tak jadi la mandi. Balik ke kedai. Tgh bosan tahap cipan tu tetiba (TING !) sy mendapat satu idea. Ape je eyh ? pikir la sendiri lps tgk ni (^.^) V

senyum kambing sume :)
jelir lidah sume ;p
tenung webcam (o.o)
muah !
halah2 buat comel pulak. nyampah ! ;D
buat tanduk adik2 ;D
kakak da penat (x_x)


Itu baru permulaan, ada byk lagi ni.  Are u ready for this ? lets check it out ;D

Actually ada byk lagi gambar sengal kteorg. Tp tak kan nk tayang sume. Bosan lak korang tgk kn. So sy ringkas kn. Dan inilah hasilnya ;)



  
p/s : Annoying gila kan ? sory ;p

Ahad, 28 November 2010

bila cinta tak lagi bermakna

ASSALAMUALAIKUM..


Cinta.. Apa tu cinta? Semua mesti tau kan ape tu cinta. Bila mandi tak basah, tido tak lena, senyum sorang2, setengah orang makan pun tak lalu, setengah tu lagi lalu mkn nye. If korang terkena sindrom2 cmni mmg sah la korang tgh dilamun cinta. Memang tgh seronok la time nih. Kalau bercakap pasal cinta ni memang syok lebih2 lagi bagi org yg tgh bahagia skrg. Senang hati je kan. Ape pun tak pe time ni  yg tgh lapar boleh kenyang, yg salah boleh jadi betul, kentut pun wangi ye dak :p N mmg rasa mcm dunia ni ana empunya la. Tapi bagi yg tgh putus cinta tu mesti rasa cam dunia nak kiamat je kan ? Yg tgh hangat bercinta tu moga berkekalan la hendak nya tapi yg da putus cinta tu relax2 k. Bawak bertenang, byk2 bersabar. Memang sakit, pedih, perit, hancur berkecai semua ada. Time ni kalau nk buat ape2 mmg tak pikir panjang dah. Main buat je asal dpt puaskan hati yg tgh parah tu kan2. TAPI TAPI TAPI sebelum buat ape2 tu pikir la yg kite still lagi ade keluarga, saudara mara, kawan2 dan ramai lagi. Diorg sygkan kite. Jangan buat sesuatu yang bodoh atau gila tau !


Bagi yg putus cinta tu korang patut bersyukur (bukan bersyukur sbb boleh cari lain !) tapi bersyukur sbb korang adalah insan yg terpilih yg telah dipilih oleh Nya utk diuji ketabahan, kekuatan, kegagahan hati korang. Dia hanya menguji insan yg Dia sayang. Ingat tu. Jangan la bertindak sesuka hati je. Fikir byk2,dalam2 bukak fikiran, minda tu sebelum buat ape2 n if korang buat benda bukan2 pun bukan dia leh datang balik kat korang malah if korang buat benda pelik2 bertambah2 tak suka, benci, meluat dia kat korang ada lah.

Tak pe la if org da tak sayang n tak nak korang dah banyak lagi yg boleh sayang korang lebih dari si dia yg lama tu sayang dan ramai lagi yg boleh sayang korang lebih dari korang sayang dia. Orang da tak suka, tak sayang kita tak leh nak paksa2. Kalau dipaksa lain pulak jadinya. Cinta ni kena lahir dari hati bukan boleh disuruh-suruh, dipaksa - paksa. Kalau da suka tu suka jugak even buat ape pun dan kalau da tak suka tu tak suka jugak even ape taktik skalipun yg digunakan.

Kalau putus cinta tu bermakna Dia (yg maha Esa) sayang korang. Yela Dia nk uji korang. Selain tu kan, korang kena ingat ni " Dia tidak akan mengambil sesuatu dari kita melainkan Dia ingin menggantikannya dengan yang lebih baik " Ha ingat ni ye kwn2. Korang jgn sedih sebab ditinggalkan cinta. Sbb cinta selepas ni akan lebih baik, lebih ok, lebih molek lebih segala2 nya lah. InsyaAllah. Mudah-mudahan kan. Tapi jgn lupa berdoa k.

Bagi yg ditinggalkan cinta :

If korang betul2 sayang si dia yg lama kan, biar je dia pergi. If itu yg boleh buat dia happy dia rasa bahagia biar kan die. Tgk dia happy pun da cukup utk buat kita happy. If dia bahagia kita menumpang bahagia. Walaupun rasanya tuhan je la yg tau !

Biar je dia pergi. If dia dtg balik mmg dia utk korang :)

Buat si dia yang meninggalkan cinta :

Moga berbahagia dgn cinta yg baru. Happy dan ceria selalu disampingnya. Jaga si dia yg baru tu elok2. Jangan buat benda yg sama kat dia, jangan main2kan dia. Sakit tau rasanye bukan nye best ! Nak tau rasa sakit mcm mane try ambik batu baling kat kepala. Jangan ambik batu kecik yg tu tak terasa ape pun ambik yg besar bola ke baru tau rase nye mcm mane.Tak mau buat camtu dah ok. Apa ? Hukum karma ? Jangan risau hanya doa yang terbaik je untuk kamu. Kalau boleh nak halang memang nak halang hukum karma dari terkena kamu.Kenapa nk halang pulak ? Sbb saya sayang kamu :)

Sy mmg nk halang hukum karma pegi kat kamu TAPI kalau kena jugak.... Padan muka! ( tak de lah main2 je )

If nanti kamu da sedar kamu salah, anggap la tu satu pengajaran. N if nk pegi balik kat cinta lama kamu pn ok. Maybe ex kamu masih single. Mane tau kan. Tapi kalau die da berpunya or da tak nak kamu balik tak leh nk salah kan die sbb kamu yg buat taik dlu !

Senang cite, bila dia ada dgn kita tu hargai dia. Jangan sia2 kan dia. Bukan senang nk buat org sayang kita. Kalau senang tu bukan cinta la tu tu saje suke2 je tu. Ingatlah benda yg baik datang sekali je tak de nye datang 2,3,4 kali. Okay la sampai sini je la bab putus cinta ni. Ni ada pantun skit ni

     cinta tidak boleh dipaksa,
     jika dipaksa lain pula jadi nya,
          biar la si dia berbahagia,
    insyaAllah akan tiba giliran kita 
                  :)


Gracias :)

p/s : jaga hubungan kita dgn yg maha Esa terlebih dahulu, insyaAllah Dia akan jaga hubungan kita sesama insan.

 

Jumaat, 26 November 2010

kampung punya cerita



ASSALAMUALAIKUM..



Pada 19hb Nov 2010 yg lepas sy telah pulang ke kampung. 5 hari kat sana. Semalam baru sampai rumah. Penat tp best. Sy ni jarang balik ke kampung bila dah balik tu mmg rase best sgt. Kampung sy kt belah2 pantai timur nun. Bertolak seawal pukul 7 pagi. Malam tu sy tak tido pn. Sy berjaga sampai ke pagi. Tak tahulah nape tak leh  nak tido mlm tu. Rindu kt seseorang kot. Cewah! :p

Dalam perjalanan balik kampung tu sy tido je. Cover balik yg tak tido semlm tu. Sedar2 da sampai da pun. Sampai je kt kampung ( belah abah ) sy terus jumpa ngn atok, nenek, saudara mara semua. Lama tak jumpa diorg. Kalau dah balik kampung tu mcm2 makanan lah yg terbayang kat kepala sy ni. Nasi minyak, nasi lemak ikan tongkol, nasi impit kuah kacang, pulut kuning, nasi dagang dan byk lagi la. Tak sabar nak menanti malam ni nak pegi mkn makanan yg susah nk dapat kt kl.

Malam pun menjelma, seperti yg dirancang sy dan family keluar nk pergi makan la. Sampai2 je kedai tu TUTUP rupenye. Coz kt sini masih lagi beraya (time tu raya haji lagi). Byk kedai tutup. Adeh hancur harapan. Nasi minyak kemana, nasi lemak ikan tongkol kemana semuanya entah kemana. Last2 mkn pizza je ( kt kl berlambak ) Nak buat camne tak de rezeki T.T

Keesokan harinya sy ke kampung belah umi pulak coz mlm ni ada majlis akad nikah saudara sy. Kampung umi berjiran je dgn kampung abah ( negeri sebelah2 je ) Sampai tu, jumpe nenek dan saudara mara yg lain. Kteorg rehat je sampai malam. Malam tu sy pegi la majlis akad nikah tu. sy pkai simple je. Baju kurung dan selendang je. Tak nak la meletop sgt kang nnt takut tertuka pulak dgn pengantin :p

Sepanjang majlis berlangsung sy tgk segala dekorasi nye semua simple tapi menarik. Lepas selesai akad nikah tu, sesi fotografi pulak. Mula2 pasangan pengantin baru tu bergambar berdua dahulu lepas tu baru la tangkap gambar ramai2. Ada yg mengusik suruh pengantin pose mcm tu la,mcm ni la tapi pengantin relax je. Diorg buat je untuk memenuhi kehendak photographer, saudara mara.  Yela bkn selalu kan sekali seumur hidup je. So pengantin layan je la.

Ada satu pose tu buat sy agk tersentuh ( bila si suami memeluk isterinya ) adoi nampak sweet sgt2. It was a beautiful moment lah! Ish pqa ni org tgh happy2 die nk touching lebih pulak. Haiya. Cover pqa cover jgn sampai org nampak kang buat malu je.

Ini antara gambar time malam akad nikah tu :

inilah pasangan pengantinnye. saya n umi sempat gak menyelit.

Ini pulak gambar time persandingan keesokkan harinya :

 
Lepas je majlis persandingan tu, kteorg pegi la pusing2 kt pantai. Seronok rasenye nk jln2 kt pantai ni. Excited kot ye la kt kl tak de pantai. Pantai dalam je la yg ade pon kt kl tu. Sampai2 je rase seronok dpt tgk  pantai tapi air agak tinggi la dan ombak pun besar. Sekarang kn musim hujan. So tak leh la nk main air sgt juz main2 gitu2 je. Disebabkan tak leh nak men air so sy pn tangkap2 la gambar skit.


Malam tu sy dan yg lain2 pegi makan sesuatu yg mmg WAJIB dimakan la if balik ke kampung. Kalau tak makan boleh dpt mimpi ngeri ! Makanan tersebut ialah 'colek ayam'. Dalam colek ayam ni sememangnya ade ayam la dan ade lagi bende lain. Dan dicicah dgn sos. Memang best. Ni la colek ayam yg digembar gembur kn tu :


 
Lepas 3 hari di kampung umi, kteorg balik semula ke kampung abah. Sampai2 je sy dan family ke kedai yg favourite kteorg yg tutup haritu tu. But skrg bukak dah. Boleh sy menikmati makanan yg sy angankan selama ni. Antara menu wajib ialah nasi minyak. Sedap2. Ini lah ghupenye :


 Tidur semalaman kt kampung abah then kembali pulang ke kl.

Secara ringkasnye sy boleh buat satu kesimpulan iaitu beberapa perkara wajib time ade kt kampung ialah  :
Makan banyak.  Makan seberapa banyak makanan yg susah nk jumpe kt kl. Berat dari 45kg boleh jadi 49kg bila balik ke kampung selama 5 hari. Bayangkanlah !
Berjalan Sakan . Pegi berjalan2 dgn saudara mara ke tempat2 yg best2. Contohnya ke pantai ke. Then snap la pic byk2 kt situ then upload Fb. Skrg dah ade blog upload kt blog skali. ^_^

dan yg paling penting nye ialah....


Digigit nyamuk !! merah2 badan ku. Ade yg gigit kat dahi. Da mcm benjol da.

Senang cite memang best kt kampung. Okay la ni pose special dari sy. Tak leh dpt kt mne2 kt tesco, giant, carrefour tak de jual okay :p

hehe :)


Jumaat, 19 November 2010

Sape je makhluk tuhan ni ?

ASSALAMUALAIKUM..

B I O D A T A 

Kat atas ni sedikit sebanyak perihal diri sy. Okay let me tell u more bout myself k. Nama sy Nur Syafiqa Binti Hamdan. SyafiQA okay bukan nye SyafiQ. Ade je yg salah panggil. Tersilap or mmg sengaja nk panggil pun tak tau la kn. But sy mmg pantang betul if org salah pnggil nama sy. Huh ! Okay2 relax chill. Erm sy seorang gadis, Ye la belum kahwin lagi. Kawan2 panggil sy pqa. Ade yg tak reti nk pronounce nama sy ni.  Senang je sebenarnye.  Piqa tu pqa la. Senang kan ? As easy as eating :)

Sy tinggal di suatu tempat di KL yg masih lagi mengekalkan ciri2 kehijauan yg tersendirinya. Ade pokok2, bukit bukau, sungai. Belakang rumah sy ade masjid tau. Memang syok la duduk sini. Tenang n nyaman je. Erm tp kt mane ye? Ntah biar lah rahsia :p

Next is i'm a good listener. Saya boleh mendengar ape2 je pun masalah kawan2 or sape2 je la. Yg mana sy boleh tolong, sy tolong. Saya suka bagi nasihat kt orang. Even diri sendiri tgh parah, sedih, gundah gulana sekalipun sy cuba tenangkan org yg dilanda masalah. Rasa puas if dapat tolong orang. Erm sy ni nasihat org pandai, nk buat sendiri payah. Biasa lah manusia ! (^.^)V
Sesiapa yg memerlukan khidmat nasihat dari sy sila2 ckp jgn malu2. Sy cuba tolong selagi termampu :)

Kelemahan sy? Ape ye kelemahan sy. Erm tgk lelaki pakai kemeja kot. Ketaq Lutut nih :p

Lastly, if korang ada nak tanya apa2 silakan. Sy akan  jawab as long as korang tak tanya no. hp sy , alamat sy ( kalau nak jgk, bagi 1001 sebab okay :p ) sy akan cuba menjawab segala pertanyaan yg sy rasa patut di jawab :)

Khamis, 18 November 2010

al-kisah di sebalik nama blog ni

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat datang ke blog saya :).  Okay first of all nk terangkan sikitlah psl pot pet ni. Mesti korang dah tau kan pot pet tu ape. Bagi yg tak tau atau kurang paham tu sy terangkan skit la kn. Pot pet tu sebenarnya bercakap or berleter, membebel dan seumpanyalah . Tapi nk nampak lebih sopan, lembut dan comel ckp la pot pet ( erm comel kerr ?? :p )

Blog ni namanya Pqa Pot Pet so makna nya sy suka bercakap tau bukan membebel, berleter . Harap maklum ;p  Sy terpikir nk bwt blog ni pun sbb sy sememangnya suka bercakap. Org yg knl sy tau la sy mcm mana. Nampak je pendiam tapi bila da jumpa geng, kwn yg se'kepala' mmg riuh ler.

Okay lah hopefully korang enjoy reading my blog & nice to know all of you. Terima kasih, thank you, muchas gracias, toce, syukriya. Dan salam perkenalan dari sy, Syafiqa Hamdan @ Pqa ;)