Isnin, 13 Jun 2011

bukan memilih

ASSALAMUALAIKUM


kawan : Bf sihat ?
sy : Bf mende nye. Tak de tak de
kawan : Ye la tu
sy : Betul la.
kawan : Tak kan lah. 
sy : Iyee. 
kawan : Tak caya lah
sy : Ikut suke lah T.T

Toleh kanan bf ngn gf dia, toleh kiri ada couple lain lak, toleh belakang, depan pon sama. Sy ?? Tak ada sesape. Single je. Tak ada apa pun relax la kan. Tak mati pun tak ada couple. Tapi kengkadang bosan,sunyi gak la. Tapi tak apa family n kawan2 ada yg boleh buat sy hepi :)

Betul orang kata pengalaman mengajar.Apa yang dah jadi  biarlah terjadi mungkin dari situ membuatkan sy lebih berhati-hati untuk memilih 'kawan'. Biar la org kata sy loser ke, tak laku ke, jual mahal ke, demand tinggi ke hape ke tak apa lah. Janji sy tau apa yg sy nak. Bukanlah memilih cuma berhati-hati :)




p/s : saya tak lah memilih sgt kalau dapat yang mcm Enrique Iglesias ke Chris Hemsworth ke Farid Kamil ke sy bersyukur dah :p
*main2 jer :D

Rabu, 8 Jun 2011

tiruan VS asli

ASSALAMUALAIKUM


tiruan VS asli ? mcm vcd, dvd cetak rompak lak kan. Tp ni bukan sy nk cerita psl vcd ke dvd ke tp nk cerita psl  fake account kat FB. Diorg menggunakan gambar orang lain utk diletak kan didalam akaun diorg. Diorg ni ambil gambar2 kat friendster, myspace, tagged time laman sosial ni femes suatu ketika dulu nun. Bila org da tak bape nk jenguk kat situ diorg ( mereka2 yg suka mencilok gambar org ni ) ambil kesempatan utk mencuri. Ambil sesuatu tanpa izin dipanggil mencuri la kan ? Mencuri tu berdosa. Aiyok tak tau !

Antara gambar yang dicuri :


ini antaranya lah. ada banyak lagi :(


Apa motif diorg mencuri dan letak gambar orang lain kat Fb diorg ni sy tak tahu lah. Kalau sebab malu dgn muka sendiri sy rasa tak patut betul lah. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. N kalau sebab nak ramai kawan pulak, kalau org betul ikhlas nak kawan dgn kita dia akan terima kita seadanya. Tak perlu kot nak menyamar. Kot ye pun nak menyamar amik lah gambar yg betul2 hot n spicy yg mana hidung penyek, gemuk,  pendek cam sy ni tak payah lah nak amik.

Sy bercerita berdasarkan pengalaman lah. Kalau curi dan letak kat tempat baik2 tak ape ni da la mencuri buat pulak benda tak elok. Buat malu aje. Haishh. Maleh ku brandei brandei ku kang marah kleyen. Ha kang dah terkeluar bahasa rawa ( org rawa je la yang paham :p )

Yang mana yg sy nampak fake account ( stakat ni ada 3,4 yang palsu ) sy da tegur diorg tapi ye la buat selamba badak jek ! Ade gak yg sy tegur tu yg ok dan minta maaf tapi tak ada respon apa pn. Sama je. Baek tak yah minta maaf T . T


bila kembar chat dgn kembar. sy tegur ngn baik dan dibalas dgn baik tp relax je still guna gambar sy T.T


Sejak2 sy berjinak ngan Fb ni stakat ni sy baru ada 2 akaun. Yang mana selebihnya tu itu semua penipu jek. Ce tgk ni senang2 je kene tipu

da terang tang2 nama cik pqa kat gambar tu tapi selamba badak je Ekien Tomei ni membalas org komen gambar ni.


Bukan pe yg bagitau ni kang ada yg ternampak gambar sy kat tempat yg tak elok pikir sy ni apa pulak kan. Ok lah itu je. Chow.

P/s : ada pulak kes kembar tiruan add yang asli. Tak cam agak nya. Adoi manusia2. Macam2 lah



Ahad, 5 Jun 2011

Perkahwinan



ASSALAMUALAIKUM


4 Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H sy dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy. Namanya Iqa. Iqa tau bukan nya sy, Pqa. Jangan tertukar pulak ye. Ramai saudara mara tertukar antara kami berdua disebabkan nama kami yang hampir sama. Sy lambat lagi kot. Kot la ;p 

Ok majlis perkahwinan ni diadakan ni sebuah dewan di Restoran Nelayan di Tasik Titiwangsa, KL. Boleh dikatakan hampir semua saudara mara datang ke majlis tersebut. Memang meriah sangat. Pelamin cantik, pengantin sepadan dan makanan pun best. Kalau semua dah molek2 belaka dan bila dah berkumpul ramai2 ni  rugi la kan kalau tak bergambar. So semalam memang kteorg semua seronok bergambar la. Tak caya ce tengok ni :) 


ni la  pelamin nya. cantik kan
ha ini la pasangan pengantin nya. memang sama cantik sama padan. moga kekal ke akhir hayat. amin :)
adik, umi & saya :)
my family. tapi tak cukup sorang. adik paling kecik tak de



dengan bakal kakak ipar. insyaAllah ;p

senyum lebar dapat makan. 

syok nye sy makan tak toleh kiri kanan dah. ish2

kalau dah berkumpul ramai2 ni tak sah la kalau tak tangkap gambar ramai2 kan. Ni lah antara saudara mara sy yang ada semalam





gadis2. eh ada lak mak gadis terselit disitu :p

Lastly, ni gambar solo sy semalam. nak jugekk ;p



p/s : cuti2 ni ramai pulak yang kahwin. tengok orang kahwin ni tetiba plak rasa nak kahwin. (gatai kan ko ni pqa ! ) :p