Ahad, 29 Mei 2011

oh Aiskrim !


ASSALAMUALAIKUM

Lama sungguh tak meng-update blog. Dah berdebu, berhabuk, bersawang dah tempat ni. Al-maklumlah agak sibuk skit. Tengahfree dan rajin ni baik la sy update sebelum kesibukan dan kemalasan melanda. Ok kali ni sy nak bercerita pasal kegemaran dan kegilaan sy yg tak terhingga kat satu benda ni. Bukan lah benda sebenarnya tetapi makanan. Selain cili padi yang boleh buat air liur saya tup2 meleleh, ada satu lagi makanan yg memang sy tak leh tahan kalau nampak. Makanan tersebut ialah aiskrim ! Obses yg teramat sgt sampai kan tak makan nasi pun tak apa janji dapat mkn aiskrim. Amboi ! bukan main lagi kan tapi itu la sebenar2nya :D

Banyak jenis aiskrim yg ada jual kat Malaysia ni. Antara kegemaran sy ialah:



Tutti Frutti - my MOST fav ! :)

Haagen Dazs

Baskin Robbins


Lecka - Lecka


Ben & Jerry's

Moo Cow


McFlurry


Cornetto



Tak lupa juga aiskrim zaman sekolah rendah dulu2 nun. Menjadi favourite sampai sekarang kot ! :D



Aiskrim pop

Aiskrim Malaysia

Satu kepuasan dan satu kenikmatan kalau dapat makan aiskrim. Lebih2 lagi time2 panas. Peh lazat sungguh ! Tak kira lah aiskrim apa, perisa apa, warna apa selagi namanya aiskrim sy NGAP! je semua :pIngat budak2 je ke suka aiskrim ? orang tua pun suka tau gak :p

having a great time together with frozen yogurt :)


yummy ! : D


p/s : Nak duduk dalam peti aiskrim tu boleh ? :p

Jumaat, 4 Februari 2011

orange cupcake !

ASSALAMUALAIKUM..

hello2 :) hari tu sy buat chocolate chip cupcake, semalam buat macaroni bakar dan hari ni saya buat orange cupcake pulak. Hee. Mungkin ini last masakan yg saya buat sebab besok dah nak  balik Kb (jadi student balik dah. adoi. huh !) okay besok, besok punye cerita la. sekarang sy nk cerita skit psl orange cupcake sy ni. Korang nak tau ke tak nak tau ke sy nak bagitau gak cara2 nak buat cake ni. hee. ok mula2 sediakan bahan2 seperti butter, tepung naik sendiri, telur, gula halus, dan yang paling penting mesti la ada oren nya. kalau tak, tak menjadi la kek oren nye jadi kek butter lak nnt.

230 g butter, 1 1/2 cawan gula halus, 6 biji telur ( 4 biji telur kuning sahaja, 2 biji putih sahaja ) 2 cawan tepung naik sendiri dan paling penting OREN ! 2 biji oren :)

parut kan kulit limau dan perah kan jus nya macam ni

parutkan kedua2 kulit limau yg akan digunakn. nak parut tu guna la pemarut. baru senang.
perah kedua limau tadu utk dptkan jus nya oke.
  
lepas da settle kan sume tu, putar kan butter dan gula halus sampai sebati mcm ni

gula halus dan butter diputar together2 oke. lepas tu masuk kan sekali kulit limau yg diparut

lepas tu masuk kan telur kuning sahaja. putih nya diasingkan.

kuning telur tadi dimasuk kan kedalam adunan butter dan gula halus. then putar lagi.

lepas tu masuk kan tepung naik sendiri di selang seli kan dgn air jus limau yg diperah tadi macam ni

2 cawan tepung naik sendiri
air limau yg diperah tadi dimasuk kan berselang seli dgn tepung naik sendiri sampai la habis

putih telur tadi di ambil dan diputar. Asing kan dgn adunan tadi . Kira nya kena putar dalam bekas lain la jgn putar sekali dgn yg tadi tu.


putar kan putih telur sehingga kembang. maksudnya sampai jadi putih2 cmni la k


lepas da settle tu, putih telur yg dah kembang tu masuk kan sikit2 dalam adunan pertama tadi. gaul slow2 je. tak payah putar pkai mixer just gaul camtu je. camni

gaul slow2 je. kalau buat camni kek leh jadi gebu tau
lepas da gaul sume tu da siap la kek nye so letak la dalam cawan kertas. jangan letak penuh2 sebab guna tepung naik sendiri kan takut nanti limpah lak kan.
jangan penuh2 yer nanti limpah


lepas tu bakar la kek tadi





lepas beberapa puluh minit, bile bau oren makin kuat tgk2 da masak da kek nye n TADA ! ini la rupenye


kek oren selepas dibakar
da siap tu hidangkan dan makan sampai buncit ! :)


p/s : nampak je macam ni ni tapi sedap woo. :p tak caya cuba la buat.
kalau ada yang tak jelas, kabur2 tu tanya je sy. nanti sy tolong jelas kan ye. selamat mencuba ! :)

Khamis, 3 Februari 2011

macaroni bakar !

ASSALAMUALAIKUM..

Hye2. Semalam sy buat cupcake kan, hari ni sy buat macaroni bakar pulak. Hobi baru sy memasak skrg ni. Hee. Bila terasa nak masak ni baik sy masak sebelum kemalasan melanda alamat tak berasap la dapur tu. Tetiba teringin nak makan macaroni bakar lak. Sebelum balik Kb ni baik saya mkn puas2. Kalau tak kempunan ler. Okay sy nk share la cmne nk bwt macaroni bakar ni. Senang je tak susah pun. Si bujang pun boleh cuba masak. Jangan asyik mkn nasi bujang jer :p okay camni nak buat macaroni ni senang je. Mula2 rebuskan dulu macaroni tu. Cmni 

pastikan air tu betul2 panas sebelum masuk kan macaroni. lepas masuk kan tu biar sampai la mendidih n macaroni tu da kembang.
 
Lepas tu sediakan bahan2 nak masak macaroni tu. Antara bahan2 nya bawang besar, bawang putih, serbuk kurma, air, daun sup, telur, daging kisar. Daging kisar ni nak kisar sendiri pun boleh kalau nk beli yg da siap pun ade jual kt kedai. Jangan lupa garam n gula secukup rasa.

serbuk kurma, bawang besar, bawang putih, daun sup



daging kisar ni sy kisar sendiri je. 100% daging. kalau daging kisar yg jual kat kedai tu ada terkandung lemak2.

bahan2 dah ada semua, macaroni pn da kembang so boleh la masak. tumis bawang dulu lepas tu masuk kan daging kisar, serbuk kurma, air. Kacau sehingga sebati. Lepas tu masuk kan macaroni yang dah kembang tu. 

masuk kan bahan2 dalam kuali, gaul2 sampai sebati.

lepas da masak macaroni tu, masuk kan dalam mangkuk. mangkuk besar ke mangkuk kecik jangan mangkuk hayun sudah. Hee. Okay lepas tu, pecah kan telur dalam blender. Telur ni akan dituang kedalam mangkuk yang mengandungi macaroni tadi tu la supaya bila dibakar akan melekat la antara satu sama lain. Tak de la terburai kan. Senang la sikit nak makan. 

blend kan beberapa biji telur mengikut macaroni yg dimasak td. kalau byk macaroni byk la telur.
lepas da blend kan telur2 tadi, tuang la dalam mangkuk macaroni tadi. sapu kan butter skit kat mangkuk tu supaya tak melekat kat mangkuk tu.

lepas da tuang telur dalam macaroni, masuk kan dalam oven. Macaroni di bakar dalam beberapa puluh minit. Kalau mangkuk besar lagi lama kalau amngkuk kecik sekejap je. 


Lepas beberapa puluh minit lepas tu, masak la macaroni saya tu. TADA ! inilah hasilnya :)

lepas dibakar.
hidangkan bersama sos dan sedia dimakan !  :)

 p/s : tetiba je blog ni bertukar menjadi blog masakan lak. Hee ('_')V
selamat mencuba ! :)




Rabu, 2 Februari 2011

chocolate chip cupcake !

ASSALAMUALAIKUM..
 
Hari ni hari rabu. Hari ke 6 sy bercuti. Tinggal 3 hari je lagi sebelum cuti mid sem abis. (T.T) Hari ni macam rajin semacam je. So disebabkan rajin ni sy pun buat la satu hobi kegemaran sy ( cewah ! ) iaitu buat cake. Jangan pandang ku sebelah mata. Sy reti buat cake tau ! :p Terasa nak makan Chocolate Chip Cupcake je. So kena la beli bahan2 nak buat cake. Lepas beli tu balik tu terus la buat. Mula-mula sediakan bahan2 untuk buat cake. Timbang punya timbang, sukat punya sukat, gaul punya gaul then settle la adunan cake tersebut. Lepas tu, letak la sikit2 dalam cawan kertas. Tabur choc chip kat atas then bakar. Finally siap ! inilah hasilnya.

sebelum dibakar.

zoom in skit kat cake sebelum dibakar. nampak macam best je kan3 ? ;p
cup cake dibakar dalam beberapa puluh minit. boleh tertidur gak la menunggu. lama gak la. 
tunggu punya tunggu. TING ! siap la cup cake nye. Inilah ghupenye.
da siap tu hias2 la sikit. tambah choc chip ke ape ke. nk boh icing tak reti !
TADA ! ini lah chocolate chip cupcake pqa. best kot ! wah angkat bakul sendiri. haha
p/s : sedap mata memandang sedap lagi lidah yang merasa :D
alhamdulillah berjaya menghasilkan chocolate chip cupcake. yeah saya dah boleh kahwin !:D

Selasa, 7 Disember 2010

sengal-sengal ubi

ASSALAMUALAIKUM..


Sy ada seorang abg. Abg sy ni ade bisnes kecik2 la dan dia ada beberapa buah kedai disekitar kl/selangor. Sy da terlalu bosan duduk rumah so sy ke kedai abg jaga kedai dia. Kalau jaga sorang2 tak best la even ada workers lain pun bosan gak. So tak nak bosan sy ajak la adik sekali. Diorg tgh cuti sekolah sekarang ni so tak de masalah la nak teman sy. Sy ajak la dua adk sy utk teman. Kedai ni kat dalam salah satu condo kat jalan genting klang nun. Kalau da condo tu mesti la ada swimming pool, playground, kedai2. Kedai abg sy ni kt sebelah kedai runcit. So memang tak akan lapar la kalau jaga kedai abg ni. Asal lapar je pegi borong kt kedai sebelah. Mcm2 la dibeli nye. Sampai tauke kedai tu nampak kteorg dari jauh pun da senyum da cz tau kteorg akn borong mcm2 kt kedai dia.

Tapi lepas mkn2, nyanyi2, online kteorg sume da rase bosan sgt2. Adik ajak mandi kolam kt tingkat 3 but tgk2 ramai org. Melayu, cina, india senang cite mmg satu malaysia la dok mandi time tu. Tak lalu teman nk mandi. So tak jadi la mandi. Balik ke kedai. Tgh bosan tahap cipan tu tetiba (TING !) sy mendapat satu idea. Ape je eyh ? pikir la sendiri lps tgk ni (^.^) V

senyum kambing sume :)
jelir lidah sume ;p
tenung webcam (o.o)
muah !
halah2 buat comel pulak. nyampah ! ;D
buat tanduk adik2 ;D
kakak da penat (x_x)


Itu baru permulaan, ada byk lagi ni.  Are u ready for this ? lets check it out ;D

Actually ada byk lagi gambar sengal kteorg. Tp tak kan nk tayang sume. Bosan lak korang tgk kn. So sy ringkas kn. Dan inilah hasilnya ;)



  
p/s : Annoying gila kan ? sory ;p