Selasa, 18 September 2012

Generasi Y


Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni. Teragak2 nk type password tadi. Nasib betul. Em lama tak berkongsi cerita di alam maya ni cz terlalu sibuk dgn pelbagai kerja di alam nyata. Ok tak apa lah. Kali ni mcm nk bercerita sikit. Nak bercerita satu pengalaman baru yg terjadi dlm diri ku. Walaupun benda ni dah 2 minggu berlalu ini baru ada masa n peluang utk bercerita.

Al kisah bermula pada bulan puasa yg lepas. Sedang tgn kanan ku menguli tepung (nak buat biskut raya) tangan kiri ku membelek2 inbox (fb) smbil membaca satu per satu mesej dlm inbox ku. Ku trbaca satu mesej. Mesej tersebut dihantar oleh penerbit program tv Generasi Y iaitu encik Sham. Dia menjemput ku utk menjadi panel program tv tersebut. Lps bc mesej tu sempat ku membuat research sikit. Ye la kot2 ada yg saja nk main2 kn. Lps da wt research skit tu ternyata mmg betul la. Then baru la reply menyatakan yg ku menerima jemputan nya itu. Encik Sham menerangkan segalanya kpd ku dan rakaman itu akan diadakan pd 4 Sept 2012 dgn tajuknya 'Bahagia Itu Satu Pilihan'.

Pejam celik pejam celik tibalah hari yg dijanjikan tu. Ku ke Angkasapuri bersama umi dan sedara sy, abe ami. Masa turun dari rumah tak rasa apa2 lagi. Rasa mcm biasa je. Bila sampai kat angkasapuri masih tenang. Encik Sham menyambut kami. Lepas makan tengah hari dan disolek pun masih lagi tenang. Bergerak lah kami ke dlm studio rakaman tersebut. Bila dah berada dlm studio dan sy dipakai kan mic masa tu rs macam semacam. Em tak tau nk ckp rasa apa. Senang cerita rs takut gk la. (1st time kot! :p) Dalam hati ku waktu tu terdetik 'macam mana la aku boleh bersetuju nk dtg ni!'. Dengan bunyi muzik (ada music band) Em sabar pqa sabar bawak bertenang. Apa2 pun kena relax (buat2 relax sebenarnya) Namun kebetulan panel yg akan bersama dgn ku nnt ialah seorang motivator Encik Mohd Fazli Abdul Manaf. Orangnya ramah dan kelakar. Sedikit sebyk membantu ku. Ok lah sikit kot. Pelajar2 dari Unikl sebagai audience time tu.

Tak lama lps tu rakaman pun bermula. Selepas memperkenal kn diri ku then rasa ok lah sikit. Soalan demi soalan diajukan kpd ku dan encik Fazli oleh pengacranya, Muaz. Disebabkan soalan yg diajukan tu spontan maka jawapan spontan jugak lah yg keluar dari mulutku. Gugup tu kurang tapi merepek tu banyak! Em nk buat mcm mana dari diam kat situ baik jawab je apa yg terlintas.

Lepas hampir sejam berlalu selesai lah sudah rakaman tersebut. Lega rasanya (senyum sampai ke telinga) Lepas tu sesi bergambar ramai2. Lepas selesai semuanya kami di bawa minum petang lepas tu baru lah pulang.

Best sebenarnya. Mula2 je takut skit lepas tu ok dah. Mcm tak cukup la pulak. Nak lagi boleh? (over kau pqa!) ;p

Antara  gambar2 pd hari tersebut:

time nk test mic

muka orang takut. erk!
ketika rakaman bermula
pasal ape gelak ye? ntah lupa
tgh memikirkan jawapan. ape nk jwp lepas ni ye. em
bersama pengacara, Muaz dan seorang lagi panel, En Fazli
Muaz, sy, En Sham, En Fazli
p/s : agak2 ada sesiapa yg nk tgk x Generasi Y yg ni pada 22sept2012 nnt pukul 2 ptg di RTM?? ;p

4 ulasan:

maixara supply berkata...

wow masuk tv dh...tahniah.

Terowong Informasi berkata...

baru kenal kamu di TV...dahsyat kamu le masuk TV...

Hamba Allah (saviour prince ) berkata...

sy pun baru kenal pqa hari ni..now tgh tgk piqa kat tv...hehehe

SyafiqaHamdan berkata...

tq tq :)

Catat Ulasan