Rabu, 10 Oktober 2012

10.10.12


Assalamualaikum...

Seperti yg diperkatakan sebelum ni dimana kedai alam maya sy PQA couture  akan dilancarkan tak lama lagi.
Dan kini tibalah masanya. Jeng3!
Koleksi Az-Zahra adalah koleksi pertama di PQA couture. Mari jenguk selendang2 kt sini http://www.facebook.com/PQAcouture
TQ.






p/s: Stok terhad, sape cepat, dia dapat :))

Isnin, 8 Oktober 2012

tak lama lagi

Assalamualaikum...


Lepas selesai sesi photoshoot utk ' PQA couture ' hari tu, dan setelah di belek, di perhati, di zoom in di zoom out ada la beberapa gambar yg 'OK' utk diupload kan nanti. Tak lama dah kejap je lg tinggal beberapa hari je lagi gambar2 selendang yg nk dijual akan di publish kan. Rajin2 lah ke page PQA couture n klik 'LIKE' k ;p TQ.


Gambar utk cover page PQA couture di fb
p/s:  Nanti awak2 semua tgk2 la k. If ada yg berkenan bgtau pqa cecepat. ;p

Khamis, 4 Oktober 2012

behind the backdrop

Assalamualaikum...

semalam bertarikh 03/10/12 telah berlangsungnya sesi fotografi utk PQA couture di sebuah studio kt melawati. Photoshoot ni memerlukan 2 org yg menjadi model. Sis Farah Asyikin n sorang lagi tu. em malu nk ckp. LOL. sy la sorang lg tu. dia lah yg menjahit, dia lah yg mereka tudung, dia jugak model. pulun habis pqa nih! ;p

Mula makeup pukul 8.15pm. Settle semua pada pukul 10pm lebih kot. Then mula lah sesi fotografi. Lepas satu satu selendang dipakai dan hampir pukul 12 baru lah selesai sesi fotografi. Pheuww penat tak hengat!

*terima kasih kepada yg terlibat. Family, kwn2 n sis Farah Asyikin. Sayang awak2 semuaa :)))








p/s : iklan je ni. Nantikan kemunculanya ;p

Isnin, 1 Oktober 2012

perjumpaan

Assalamualikum...

Semalam hari ahad sy n ummi ke restoran Santai, TTDI cz ada nk berjumpa dgn seseorang utk membincangkan sesuatu. Ini berkenaan dgn selendang sy yg akan dijual tak lama lagi. Orangnya tersgt lah ramah, baik dan comel! hee. Kami makan2 dan lepas makan tu baru lah berbincang psl topik utama. Dan Alhamdulillah semua nya ok dan dia pn setuju. Apa yg ok? Apa yg setuju? Tungguuu ;p






p/s : insyaAllah minggu depan semua persoalan akan terjawab ;p

Sabtu, 29 September 2012

coming soon...

Assalamualaikum...

Seperti yg sy dah ckp tempoh hari dlm Generasi Y (kalau ada yg tgk n prasan la) brkenaan selendang/tudung yg akan dijual nanti tu sebenarnya dah siap. Yelah setelah beberapa bulan bertungkus lumus menyiapkan akhirnya segalanya dah selesai. Cumanya ada beberapa perkara shj lagi yg belum selesai yg menyebabkan tak boleh nk launch lagi. Actually nk tunggu tarikh 'tu' utk launch. Tarikh ape?? Jeng jeng jeng !! Tungguu ;p

'PQA couture' nama diberi. Ini dinamakan sempena nama panggilan atau nama mesra sy iaitu Pqa. Buat masa sekarang page 'PQA couture' dah pun dibuat di FB. Baru upload sikit gambar2. Itu pn just iklan je. Yg betul dan rasminya nanti la masa launch nanti k.

Ada beberapa design yg akan di publish kn masa launch nanti (hampir 10 designs or lebih tak tau la dah lupa) Dan setiap design tu ada beberapa jenis warna. Nanti awak2 semua boleh la tgk2 k. Mana tau ada yg berkenan boleh la beli. Semua selendang tu di design sendiri oleh sy dan semuanya adalah limited edition tau. Tak ade jual kt tmpat lain! Lol ;p



p/s: facebook: PQA couture. Sape yg tak 'like' lgi page PQA couture di fb sila berbuat demikian secepat mungkin. Terima kasih ;p

Selasa, 18 September 2012

Generasi Y


Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni. Teragak2 nk type password tadi. Nasib betul. Em lama tak berkongsi cerita di alam maya ni cz terlalu sibuk dgn pelbagai kerja di alam nyata. Ok tak apa lah. Kali ni mcm nk bercerita sikit. Nak bercerita satu pengalaman baru yg terjadi dlm diri ku. Walaupun benda ni dah 2 minggu berlalu ini baru ada masa n peluang utk bercerita.

Al kisah bermula pada bulan puasa yg lepas. Sedang tgn kanan ku menguli tepung (nak buat biskut raya) tangan kiri ku membelek2 inbox (fb) smbil membaca satu per satu mesej dlm inbox ku. Ku trbaca satu mesej. Mesej tersebut dihantar oleh penerbit program tv Generasi Y iaitu encik Sham. Dia menjemput ku utk menjadi panel program tv tersebut. Lps bc mesej tu sempat ku membuat research sikit. Ye la kot2 ada yg saja nk main2 kn. Lps da wt research skit tu ternyata mmg betul la. Then baru la reply menyatakan yg ku menerima jemputan nya itu. Encik Sham menerangkan segalanya kpd ku dan rakaman itu akan diadakan pd 4 Sept 2012 dgn tajuknya 'Bahagia Itu Satu Pilihan'.

Pejam celik pejam celik tibalah hari yg dijanjikan tu. Ku ke Angkasapuri bersama umi dan sedara sy, abe ami. Masa turun dari rumah tak rasa apa2 lagi. Rasa mcm biasa je. Bila sampai kat angkasapuri masih tenang. Encik Sham menyambut kami. Lepas makan tengah hari dan disolek pun masih lagi tenang. Bergerak lah kami ke dlm studio rakaman tersebut. Bila dah berada dlm studio dan sy dipakai kan mic masa tu rs macam semacam. Em tak tau nk ckp rasa apa. Senang cerita rs takut gk la. (1st time kot! :p) Dalam hati ku waktu tu terdetik 'macam mana la aku boleh bersetuju nk dtg ni!'. Dengan bunyi muzik (ada music band) Em sabar pqa sabar bawak bertenang. Apa2 pun kena relax (buat2 relax sebenarnya) Namun kebetulan panel yg akan bersama dgn ku nnt ialah seorang motivator Encik Mohd Fazli Abdul Manaf. Orangnya ramah dan kelakar. Sedikit sebyk membantu ku. Ok lah sikit kot. Pelajar2 dari Unikl sebagai audience time tu.

Tak lama lps tu rakaman pun bermula. Selepas memperkenal kn diri ku then rasa ok lah sikit. Soalan demi soalan diajukan kpd ku dan encik Fazli oleh pengacranya, Muaz. Disebabkan soalan yg diajukan tu spontan maka jawapan spontan jugak lah yg keluar dari mulutku. Gugup tu kurang tapi merepek tu banyak! Em nk buat mcm mana dari diam kat situ baik jawab je apa yg terlintas.

Lepas hampir sejam berlalu selesai lah sudah rakaman tersebut. Lega rasanya (senyum sampai ke telinga) Lepas tu sesi bergambar ramai2. Lepas selesai semuanya kami di bawa minum petang lepas tu baru lah pulang.

Best sebenarnya. Mula2 je takut skit lepas tu ok dah. Mcm tak cukup la pulak. Nak lagi boleh? (over kau pqa!) ;p

Antara  gambar2 pd hari tersebut:

time nk test mic

muka orang takut. erk!
ketika rakaman bermula
pasal ape gelak ye? ntah lupa
tgh memikirkan jawapan. ape nk jwp lepas ni ye. em
bersama pengacara, Muaz dan seorang lagi panel, En Fazli
Muaz, sy, En Sham, En Fazli
p/s : agak2 ada sesiapa yg nk tgk x Generasi Y yg ni pada 22sept2012 nnt pukul 2 ptg di RTM?? ;p

Rabu, 21 Disember 2011

cinta tak mengenal bentuk hidung

ASSLAMUALAIKUM


Kalau nk cari awek/bf keadaan fizikal ni tak lah penting mana. Tapi ada je org yg memilih dgn tgk keadaan fizikal ni. Dari sebesar2 perut ( utk yg perut besar mcm sy ni) sampai la sekecik2 kuku diperhatikan. Dan ada jugak yg fokus pada hidung! Bunyi agak pelik tp mmg ada org mcm ni tau.

Erm ada ke org nk cari pasagan tgk hidung ?? Ada2. Alasannya if dpt anak nanti tak de lah anak2 yg hidung kemek, jambu air bebagai. Susah la mcm ni. Nak cari yg hidung terletak cam org arab kita tu hidung terletak sgt ke?? Haa ce tgk cermin dulu sebelum memlilih pasangan ;p

Pokoknya besyukurlah dgn apa yg ada. Mcm mana pun bentuk hidung kita, pasangan kita, anak2 kita terimalah seadanya. Ada hidung pun dah cukup bagus tau. Bersyukur sgt2 dah.


pehh. Ini hidung ka penyangkut baju?? cantik2. hee ;p

p/s : cinta tidak mengenal bentuk hidung. Mancung ka kemek ka jambu air ka kalau dah suka apa pun boleyy ;p